Se awal pagi aku dan isteriku pergi ke Pasar Besar , Jalan Meru, Klang untuk membeli ayam, ikan dan sebagainya. Maklumlah hari cuti...
Sesampainya disana aku merasa gembira kerana ku dapati parking kereta lengang...aku pun parking kereta didepan sekali. Selain daripada kami ada dua buah kereta lagi yang datang dan parking dikiri dan kanan ku..
Apabila nak masuk saja kedalam pasar didapati pintu besar pasar bertutup dan berkunci... Baru lah kami sedar bahawa hari tersebut semua orang cuti...HARI PEKERJA 1 MEI, 2008.
Akhirnya kesemua kami (3 buah kereta ) yang datang tersenyum dan ketawa... ya lah kan.. hari pekerja semua orang nak cuti...
No comments:
Post a Comment