Wednesday, April 30, 2008

PERHIMPUNAN PAGI SEMALAM

Semalam hari selasa bersamaan 29 April, 2008... Biasalah dua minggu sekali setiap selasa ada perhimpunan pagi ditempat kerjaku..

Selepas nyanyian lagu negaraku, lagu PKPS dan lagu perkhidmatan awam, kawanku (Hj. Zainudin) yang berada dibelakang ku mengadu sakit dada..katanya sejak malam tadi..

Ku lihat tangan nya berpeluh..lantas aku menyuruhnya segera ke klinik..Doktor menyuruhnya terus pergi ke Hospital Sungai Buloh...

Pagi ini...
Hj. Othman menghubungi beliau... alhamdulillah doktor telah merawat dan dia dibenarkan keluar wad hari ini..tetapi diminta datang mendapatkan rawatan susulan..

kami berdoa agar Hj. Zainudin sihat kerana bulan Mei ini belioau akan mengerjakan umrah bersama isteri.

No comments: