Monday, December 15, 2008

majlis perkahwinan anak saudara

pasukan kompang impot dari Cheras, KL
Anak saudara yang bernama Azhar telah melangsungkan perkahwinan dengan Marsyita pada hari Sabtu 13 Disember, 2008 di Kg. Jawa, Klang.










kakak-kakak ipar
kaknor, kak pipah & kak ijah








isteri dan anak iya

Friday, December 05, 2008

Hazwan di Extreme Camp




Hazwan telah mengikuti extreme camp anjuran kelab 1221 MBSA pada 2 hingga 4 Disember 2008 di Pusat Sukan Lasak (Extreme Park) Seksyen 13, Shah Alam




Dr Rodziah Ismail dimajlis penutup






Peserta-peserta selepas acara penyampaian sijil

Tuesday, December 02, 2008

rawatan lagi

Selasa 2/12/2008 ada appointment doktor di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang...
- tyroid masih ada dan doktor kekalkan ubat yang sama.......
- gout masih ada ..uric acid tinggi (400) dan doktor tak benarkan makan sea food berlebihan..
- darah tinggi masih ada..
- asthma masih ada (semalam big boss hadiahkan mesin nebolizer)
Rawatan akan datang
24/3/2009 - ujian darah
21/3/2009 - appointment doktor

Thursday, November 20, 2008

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

Terima kasih kepada jiran-jiran setaman, kakak-kakak/abang ipar, rakan sepejabat yang telah datang menziarah dan mengucapkan takziah kepada saya sekeluarga di atas pemergian ibu tersayang pada 16 November, 2008 (Ahad) bersamaan 18 Zulkaedah 1429H.
Juga kepada jiran-jiran sekampung dan keluarga terdekat yang menguruskan jenazah sehingga lah kepada kenduri tahlil tiga hari berturut.
hanya Allah jua yang dapat membalas budi kalian........................
Semoga roh ibu dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..AMIN..

Wednesday, November 19, 2008

dalam mengenangmu - ibu

hari-hari terakhir sebelum dibawa kehospital


gambar kenangan emak bersama ayah semasa hari raya aidilfitri 1429H..


kini hanya tinggal kenangan.emak pulang ke Rahmatullah pada 16 November, 2008 jam 5.40 pagi di Hospital Teluk Intan, Perak setelah dimasukkan ke wad pada 3 November, 2008.


Thursday, November 06, 2008

Selamat datang kawan baru


kawan baru Nor Zehan (mula berkhidmat pada 13 Okt.2008)
dan Nur Azrinie(mula berkhidmat pada 3 Nov. 2008)

Monday, November 03, 2008

Thursday, October 30, 2008

gambar dolu-dolu.


(sigondrong)

(atas) di usia 20 tahun
(bawah) di usia 18 tahun

Thursday, October 23, 2008

jamuan raya Tingkat 9





















Pada 22 Oktober, 2008 (Rabu) kawan-kawan pejabat panggil..sebab ada jamuan yang diadakan untuk penghuni Tingkat 9 sahaja..
tapi apakan daya kerana aku mc dua hari 21 dan 22 Oktober 2008.
Selama dua hari duduk dirumah tidur kerana lalok makan ubat batuk dan ubat selsema..
..rupanya hari tu diorang nak bagi hadiah hari Boss ku (7 Oktober) dan harijadiku (14 oktober)..

Terima kasih diatas hadiah dari kalian..
hanya gambar-gambar dari kengkawan yang jadi tatapan.






Wednesday, October 15, 2008

sekitar majlis jamuan PKPS

Sebahagian daripada kakitangan PKPS sedang menikmati jamuan.
Aris Ariwatan sedang mengalunkan lagu Gema Takbir Raya dengan penuh penghayatan dan memukau penuntun.






Majlis tersebut dimeriahkan dengan band jemputan dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan penyanyi utamanya Aris Ariwatan.

JAMUAN HARI RAYA DIPEJABAT

Jamuan hari raya aidil-fitri PKPS pada 15 Okt,2008 di Dewan Catteleya, Tkt 4, Wisma PKPS

Monday, October 06, 2008

bergaya dipagi raya




Norzahidah dan Norzahirah
dipagi raya 1 syawal 1429H

pagi syawal dikampung


Friday, September 26, 2008

DEMAM RAYA

hanya tinggal beberapa hari lagi aidilfitri akan menjelang....
seperti lazimnya demam raya datang...dalam ertikata yang lain sibuk berbelanja membeli kuih muih, pakaian dan sebagainya...

tak kurang juga dipejabat..masa balik tangan masing-masing penuh dengan bungkusan kuih raya yang ditempah melalui kawan-kawan..

tapi aku demam juga...betul-betul demam...bukan cobaann...demam panas...hari tu dapat mc 2 hari..kini masih tak sihat lagi...batuk-batuk dan sakit-sakit badan...

mudah-mudahan aku akan sihat semula..

Tuesday, September 02, 2008

TUMPUAN SG. BESAR


Ini lah tempat yang menjadi tumpuan tidak kira penduduk tempatan atau penduduk di luar kawasan kerana jualannya yang murah berbanding tempat-tempat lain.

TAWA KEMERDEKAAN


Idah dan Ira di tengah-tengah ribuan pengunjung di malam Sambutan Kemerdekaan Shah Alam

mengimbau kenangan






bila merenung pemandangan sekeliling rumah ayah dikampung...ingatan dan kenangan silam terus menjelma... berbagai suka duka peristiwa terbayang dimata...
keindahan sawah ini akan tetap abadi.........

Suasana Sambutan Kemerdekaan ke 51



Sambutan kemerdekaan ke 51 peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 30 Ogos 2008 bermula jam 9.30 malam.


Pada tahun ini sambutan telah diadakan pada waktu malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Menjelang detik 12.00 malam pengunjung telah disajikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan upacara menaikkan bendera jalur gemilang.
Kemuncaknya ialah pertunjukan bunga api menambah meriah dan gamat pada malam tersebut.

MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN


kontijen PKPS membuat lintas hormat di malam sambutan kemerdekaan ke 51 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang bermula jam 9.30 malam 30 Ogos 2008

Thursday, August 07, 2008

Mengapa Rasa Diri Hina

MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah olih Allah.Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)
Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)

Wednesday, July 09, 2008

2 JAM YANG SAKIT

Selasa (8 Julai 2008)

Keluar rumah seperti biasa jam 7.10 pagi...hantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Klang..
Depan sekolah dah mula jem... sampai di Pejabata Daerah Klang ku lihat meter minyak tinggal sikit..

Disebabkan takut kehabisan ditengah jalan, aku pun berpatah balik ke Petronas Kg. Jawa..perjalanan ke pejabat di S.Alam diteruskan melalui jalan Connought Bridge..

wah..jem yang teramat sangat.. kereta bergerak bagai semut..
perjalanan tetap ku teruskan sebab jam 9.30 pagi ada meeting MBJ.
sampai di Bukit Kuda jam dah 10.30 pagi..sedangkan kereta-kereta bergerak tersengguk-sengguk..

..berbincang dengan isteri...keputusan diambil dan kami berpatah balik kerumah...dan ambil cuti..

Monday, July 07, 2008

KESALAHAN DAN KEBAIKAN


''Ingatlah olehmu dua perkara, iaitu kesalahanmu kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadamu. Lupakan dua perkara, yaitu kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan orang lain kepadamu.''

Nasihat ahli hikmah ini, perlu kita jadikan bahan renungan dan introspeksi dalam upaya mencapai pribadi yang ber-akhlakul karimah. Nilai seseorang bukanlah berada pada penampilan dirinya, bukan pula dari jabatan dan harta benda yang telah dikumpulkan. Seseorang dinilai bukan dari kursi yang diduduki, bukan pula berapa pangkat yang disandang dan tanda jasa yang melekat pada dadanya, serta bukan karena garis keturunannya. Seorang itu dinilai dari budi pekerti luhur yang menghiasi perilakunya.

Dikatakan dalam pepatah Arab, ''Kemuliaan seseorang itu dengan budi pekerti yang baik, bukan karena keturunan.'' Mengapa kita harus mengingat kesalahan yang telah dikerjakan pada orang lain? Dengan mengingatnya, akan menimbulkan perasaan menyesal dalam diri kita, perasaan yang mendorong untuk bertobat kepada Allah, kemudian berusaha memperbaikinya dengan meminta maaf dan tidak akan mengulanginya.

Mengingat kebaikan orang lain terhadap kita akan mendorong kita selalu berbuat baik kepada orang lain. Kehidupan tidak akan terbina dengan baik tanpa kebaikan orang lain, yang pada hakikatnya kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda, ''Tidak sempurna iman seseorang sampai dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.'' (HR Bukhari-Muslim).

Melupakan kebaikan yang telah diperbuat pada orang lain akan mendorong kita menjadi pribadi yang mukhlis. Setiap kebaikan, hanya diniatkan lillah ta'la, seikhlas-ikhlasnya. Sebagai Muslim, sudah semestinya menjaga agar hati selalu suci dari kemunafikan, perbuatan harus selalu suci dari riya', lidah harus selalu suci dari kebohongan. Sedangkan dengan melupakan kesalahan orang lain, akan mendorong kita menjadi pribadi pemaaf. Kita akan gampang memaafkan, sebesar apa pun kesalahan orang.

(Mahmudi Arif D )

Monday, June 02, 2008

Gambar gambar sekitar perkahwinan anak saudara







Majlis perkahwinan telah diadakan pada hari Ahad 1 Jun 2008 di Dewan Bukhari, Sekolah Menengan Agama Tinggi Hisamuddin, Klang

MAJLIS PERKAHWINAN



majlis diserikan oleh pasukan kompang Sekolah Menengah Agama Tinggi Hisamuddin dengan mengalunkan beberapa buah lagu,.

















pernikahan anak saudara

anak saudara, Haryani sedang mencium tangan Hafiz selepas upacara dilakukan


Majlis pernikahan diadakan pada hari Sabtu 31 Mei, 2008 bermula jam 11.30 pagi dirumah pengantin perempuan (anak saudara).


Majlis telah disempurnakan oleh Jurunikah Ustaz Ayup.


Tuesday, May 20, 2008

apabila sandal ku hilang


Jumaat (16 Mei 2008)

selesai solat Jumaat sandal ku dah tak ada........bukan hilang..
mungkin ada orang pinjam tak pulang-pulang..

balik ke office berkaki ayam..ramai orang memandang..
tapi alhamdulillah gout ku hilang...
kesan berjalan diatas panas jalan raya yang membahang..

baru ku sedar ada hikmah yang datang..

Monday, May 12, 2008

santai bersama isteri

ATUK & NENEK BERSAMA CUCU-CUCU




Gambar kenangan atuk dan nenek
bersama-sama cucu-cucunya

Friday, May 09, 2008

GOUT OH GOUT

Selasa (6/8/2008)

dia datang lagi...dan aku pergi klinik Bahari dan dapat mc 2 hari..


rabu (7/8/2008)

bengkak tak hilang...tambah berdenyut..pukul 9.00 mlm aku pergi panel klinik mbsa
dan kena injek di bontot..

khamis (8/8/2008)

mc satu hari dan duduk dirumah (tidur...)

Monday, May 05, 2008

Gambar kenangan semasa kecil


sangat cute nya...................
Saya semasa kecil duduk memeluk emak..
menurut kata emak dikala itu saya sedang ketakutan
dan menangis takut untuk bergambar..
Sebelah kiri tu kakak...
Sebenarnya saya ada abang..tapi meninggal umur 3 tahun..
....dan saya ada adik lelaki dilahirkan selepas 11 tahun saya dilahirkan..(tiada dalam gambar)..he..he..

catatan hari cuti semalam

Jumaat 2 Mei 08

Ibu jari kaki kanan membengkak lagi, merah dan berdenyut.. aduh sakitnya..Gout mula datang lagi..pergi sembahyang Jumaat di Masjid Negeri S.Alam jalan kaki..

Malam nya terasa demam... pil pain killer dan pil demam dah telan..

Sabtu 3 Mei 08..

Sakit dah kurang tapi bengkaknya masih ada...
petang ziarah mak Am (jiran) meninggal di Taman Sri Andalas, Klang..

Ahad 4 Mei 08..

dah boleh pakai kasut kulit sebab tengahari ada wedding di Banquet MBSA..

Friday, May 02, 2008

HARI PEKERJA 1 MEI 2008

Se awal pagi aku dan isteriku pergi ke Pasar Besar , Jalan Meru, Klang untuk membeli ayam, ikan dan sebagainya. Maklumlah hari cuti...

Sesampainya disana aku merasa gembira kerana ku dapati parking kereta lengang...aku pun parking kereta didepan sekali. Selain daripada kami ada dua buah kereta lagi yang datang dan parking dikiri dan kanan ku..

Apabila nak masuk saja kedalam pasar didapati pintu besar pasar bertutup dan berkunci... Baru lah kami sedar bahawa hari tersebut semua orang cuti...HARI PEKERJA 1 MEI, 2008.

Akhirnya kesemua kami (3 buah kereta ) yang datang tersenyum dan ketawa... ya lah kan.. hari pekerja semua orang nak cuti...

Wednesday, April 30, 2008

PERHIMPUNAN PAGI SEMALAM

Semalam hari selasa bersamaan 29 April, 2008... Biasalah dua minggu sekali setiap selasa ada perhimpunan pagi ditempat kerjaku..

Selepas nyanyian lagu negaraku, lagu PKPS dan lagu perkhidmatan awam, kawanku (Hj. Zainudin) yang berada dibelakang ku mengadu sakit dada..katanya sejak malam tadi..

Ku lihat tangan nya berpeluh..lantas aku menyuruhnya segera ke klinik..Doktor menyuruhnya terus pergi ke Hospital Sungai Buloh...

Pagi ini...
Hj. Othman menghubungi beliau... alhamdulillah doktor telah merawat dan dia dibenarkan keluar wad hari ini..tetapi diminta datang mendapatkan rawatan susulan..

kami berdoa agar Hj. Zainudin sihat kerana bulan Mei ini belioau akan mengerjakan umrah bersama isteri.

Monday, April 28, 2008

ANAK-ANAK KU






Duduk dibelakang dari kiri:
Muhammad Hazwan(14), Muhammad Hafiz (21), Muhammad Helmi (19)
Duduk didepan dari kiri:
Norzahirah (9), Muhammad Hanif (17), Norzahidah (12)

HARI INI HARI GAJI

Hari ini hari gaji...

Memang seronok dapat gaji...tapi ibaratnya kita ni pemegang amanah...
Lepas ni mula lah kita berkira-kira untuk menyalurkan arah mana mana peruntukan yang akan disalurkan...nak bayar duit kereta, nak bayar tambang van sekolah anak-anak, nak bayar bil letrik, api, air, astro dan sebagainya...

tapi kita tetap bersyukur sebab ada kerja dan ada gaji...

Wednesday, April 02, 2008

Tanya Khabar

Assaalamualaikum,

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga dengan adanya blog ini dapat kita berkongsi khabar