
Wednesday, December 23, 2009
kenangan bersama wak marimon
Monday, December 07, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Friday, June 19, 2009
Sunday, May 31, 2009
Hafiz di Konvokesyen UiTM
Saturday, May 30, 2009
Hanif ke UIAM PJ
LAMBAIAN KAABAH


syukur alhamdulillah.......
pada 6 Mei, 2009 hingga 20 Mei, 2009 aku menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah kerana mengerjakan ibadah Umrah..
Rentetan:-
6 Mei 2009 bertolak dari KLIA jam 1.10 thgari transit di Islamabad Pakistan..
7 Mei 2009 subuh tiba di Jedah dan terus ke Madinah Munawarah..selepas sarapan terus ke Masjid Nabawi ziarah ke Makam Rasullullah..Raudah dan Perkuburan Baqi'.
9 Mei, 2009 (Sabtu) selepas zohor bertolak ke Mekah..(Miqat diBir Ali) terus UMRAH pertama jam 11.00 mlm,
Betapa sebak hati ini tatkala kali pertama melangkah selangkah demi selangkah menuju ke Masjidil Haram..
Air mata ini terus mengalir tatkala memasuki Masjidil Haram dan memandang terus ke KAABAH.
Subhananallah.............Maha Suci Engkau YA ALLAH...
...
18 Mei (Isnin) selepas zohor - tawaf wida'...
19 Mei jam 2.40 pagi tiba di Karachi Pakistan (transit)
20 Mei jam 3.40 pagi bertolak dari Karachi ke KLIA
20 Mei jam 11.40 pagi tiba di KLIA.
Tuesday, April 07, 2009
Friday, March 13, 2009
TAHNIAH ANAK KU
Tuesday, February 24, 2009
100 hari pemergian ibu
Isnin 23 Februari 2009 bersamaan 27 Safar 1430H
Hari ini genaplah 100 hari pemergian ibu meninggalkan kami..pergi yang tak kembali..
wajah ibu masih terbayang-bayang lagi diingatan...kehilangan ini masih terasa....
tahlil dan doa senantiasa kami pohonkan untuk mu ibu...semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah..
setiap aku balik kekampung..sudut itu (tempat ibu selalu sembahyang) tetap jadi kenangan....dan aku selalu sembunyikan kepiluan ini.......
Tuesday, February 03, 2009
Monday, January 12, 2009
Friday, January 09, 2009
kembali ke Rahmatullah
akhirnya anak saudara isteri (Amir Hamzah bin Abdullah) telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 37 tahun pada 8 Januari 2009 pada pukul 7.10 pagi di Pusat Perubatan Pantai setelah mengalami sakit cancer..
Jenazah tiba dirumah kakak ipar jam 11.00 pagi.. betapa pilu hati ini melihatkan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil..yang sulung masih didalam darjah 5 dan yang bongsu berusia 5 tahun..
sesiapa pun tak dapat menahan air mata melihat anak-anak kecil itu seorang demi seorang mencium buat kali terakhir dahi jenazah bapa yang telah dikapankan..
diperkuburan pula anak-anak ini menjirus air mawar diatas pusara...
dan dirumah ku peringatkan pada anak-anak ku..
lihatlah anak-anak ku... mereka masih kecil sudah kehilangan bapa..lantas kalian semua bersyukurlah masih punya abah yang satu ini..justeru berbuat baik lah kepada kedua ibubapa....
Al-Fatihah ke sedekah kan kepada arwah Amir Hamzah bin Abdullah.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)
























