Sunday, May 30, 2010

hujung minggu yang sibuk

- Jumaat malam sabtu kenduri tahlil/yasin di rumah Abu Bakar (jiran depan)
- petang sabtu majlis pertunangan Miah (anak pengasuh)
- malam Ahad lepas maghrib balik kampung ziarah pak long yang sakit tenat.
- lepas solat subuh Ahad balik ke Klang.
- 9.00 pagi Ahad hantar Hanif ke UIA PJ untuk semester akhir.
- Tengahari Ahad jemputan kenduri kahwin di Dewan Kolej Islam Klang

Friday, May 28, 2010

lepak-lepak di i-city, klang






malam wesak day saja-saja pergi bawak anak-anak ke i-city, klang..ingatkan malam minggu je yang jem...malam ni pun jem jugak..kereta bertali arus..yang jalan kaki berduyun-duyun...yang tua berpimpin-pimpin....nak tengok pokok berlampu neon...........

Tuesday, May 25, 2010

kambing oh kambing


hari tu...tak tahan sangat tengok kambing golek ni..almaklumlah makanan kegemaran ku..akhirnya dapat jua...sehingga menjilat jari..

Sunday, May 23, 2010

DI HARI PERKAHWINAN SHIDA




Hari ini Ahad 23 Mei 2010 adalah hari pernikahan dan persandingan anak buah (shida), anak Abang Sahbudin di Lorong Hj. Abdul Razak (belakang Din Tom Yam), Kg. Jawa, Klang.
Majlis pernikahan diadakan jam 9.30 pagi disempurnakan oleh oleh Ustaz Yob Hamid bin Ismail. majlis persandingan diadakan pada 2.30 petang.

Thursday, May 20, 2010

tersua rakan lama

rabu19 Mei 2010- sewaktu selesai solat berjemaah zohor di Masjid Negeri Shah Alam aku tersua dengan rakan-rakan lama. Pertama dengan Pak Lah bekas pemandu PKPS...usia dah 70 tahun tapi masih kuat macam orang muda...masih dipercayai dan kini jadi pemandu kepada Tuan Hj. Muhalim.

Kedua tersua dengan Fauzi...dulu kerja di Pejabat Ukur Selangor...sekarang dah berhenti 2 atau 3 bulan...dah buka syarikat sendiri dan menjadi Surveyor...

Ketiga tersua dengan Zubir...dulu kerja satu opis kat PKPS..berhenti dan jadi peniaga ayam di Pasar Borong Puchong...kini dah buka kilang sendiri di Nilai...

Alhamdulillah....masing-masing dah berjaya...

Wednesday, May 19, 2010

ziarah angah nordin

hari itu sabtu 15 Mei 2010, aku memenuhi undangan kenduri tahlil dirumah Angah Nordin di Taman Sri Putra, Banting... disamping dapat menziarah angah yang dah lama sakit..

Kali ini aku dapat melihat angah nordin lebih ceria dibandingkan sebelum ini hanya duduk dikerusi roda...dan kali ini boleh berjalan dengan memakai tongkat...

Angah nordin pada masa ini sedang menerima rawatan bagi mencuci darah (dialesis) dua kali seminggu di KPJ Hospital Shah Alam.. dulu dikenali dengan nama SMC.

semuga angah nordin akan terus sihat walafiat...

Wednesday, May 12, 2010

walau sakit ku tahankan jua..

Entah mengapa...sejak akhir-akhir ini sakit gout yang ku alami sejak tahun 1999 telah datang kembali....
Biasanya ianya datang sekejapsekejap sahaja.. tapi sejak akhir-akhir ini ianya semakin kerap...
Pada awal mac 2010 ianya datang dan membuatkan aku memakai tongkat untuk berjalan...dah pergi jumpa doktor dan diberi suntikan dipunggung...ianya reda dan dapatlah mc dua hari 8 dan 9 Mac 2010.
..dan kini pada 6 dan 7 Mei 2010 aku mc lagi....bertongkat lagi ke office.. tapi kali ini doktor enggan untuk menyuntik kerana kesannya akan merosakkan buah pinggang.. hanya pil voltarance bagi meredakan kesakitan...
10 Mei 2010...berjumpa doktor sekali lagi untuk pengambilan darah bagi mengesan tahap uric acid dalam darah..
dan keputusannya akan diketahui hari Ahad ini 16 Mei 2010.

anak-anak bercuti

Hari Isnin (10 Mei 2010) - Hanif balik bercuti dari UIA Petaling Jaya ..akan kembali belajar pada Junn 2010 nanti.
Hari Selasa(11 Mei 2010) - Hafiz balik bercuti dari UiTM Melaka ...akan kembali belajar pada Julai 2010 nanti dan akan memulakan praktikal pada 21 Disember 2010 (4 bulan).

Kegembiraan sekeluarga dirumah kerana semua berkumpul semula...