Tuesday, September 14, 2010

Monday, September 13, 2010

HAFIFI MERANGKAK-RANGKAK DIPAGI RAYA

Anak-Anak Buah Datang Beraya




anak-anak buah dan anak-anak masing-masing datang beraya kerumah pada malam hari raya ketiga..walaupun ramai tetapi seronok dapat berkumpul..

suatu hari dihari raya


gambar kenangan kami sekeluarga dipagi hari raya

Sunday, September 12, 2010

anak-anak dihari raya 1431H


belakang dari kiri Hazwan, Helmi, Hafiz dan Hanif
depan dari kiri Norzahidah dan Norzahirah

Saturday, August 21, 2010

TERINGATKAN ARWAH MAK..............


dibulan Ramadan yang mulia ini.........tiba-tiba hati sayu dan meruntun pilu terkenangkan arwah mak yang meninggal pada 16 Nov 2008..masih ku tatap lagi gambar-gambar yang tersimpan..makin ditatap semakin berlinang air mata ini...............
alfatihah untuk arawah mak yang tiada gantinya.......

Saturday, August 07, 2010

dalam keresahan.......

petang Jumaat Hanif balik rumah dan ambil moto dan bawak ke Program Remaja Muslim di masjid saidina Hamzah, Batu Caves..6 hingga 8 Ogos 2010.
Jam 6.00ptg - hanif maklumkan tayar moto pancit
jam 8.00mlm - hanif masih diperjalanan dan maklumkan bateri telefon dah habis.

Jam 10.00 mlm - aku dann isteriku dalam keresahan kerana tak dapat berhubung dengan hanif dan tak dapat apa-apa berita..

Aku hubungi beberapa kawan-kawan Hanif minta mereka mencarinya...
Bertambah resah lagi hati kami apabila dihubungi kawan-kawannya memaklumkan mereka tidak terjumpa hanif...dan kami hanya mampu berdoa...

Alhamdulillah..akhirnya jam 12.00 malam hanif telefon dan memaklumkan dia dah sampai di Masjid Saidina Hamzah...

Saturday, July 31, 2010

peristiwa seminggu nan lalu

Hari Rabu 28 Julai 2010

-ambil geran kereta daripada Bhg Kewangan sebab nak renew roadtax yang akan tamat pada 30 Julai 2010.(maklumlah dulu ambik loan dengan pkps- geran kena lah ambik kat diorang).

-Petang Encik Shahrudin daripada Etika Insuran telefon dan beritahu bahawa JPJ dah black list dan tak boleh nak renew roadtax.
-4.00 ptg pergi cucuk duit kat ATM di Wisma MBSA...malangnya duit tak keluar..RM1000 tu..
-4.15 ptg pergi Balai Polis Seksyen 11 nak settle saman...malang lagi kaunter dah tutup..
-4.30 ptg buat aduan di Bank Islam tentang duit yang tak keluar..
dan dimaklumkan bahawa duit tu akan masuk balik dalam seminggu..fuhh..

Khamis 29 Julai 2010
-pagi-pagi pergi settle saman...selesai..terbang RM300.00 Kompaun masa of sikap masa raya cina tahun lepas..(Speed Trap)--kena kat kampung sendiri lak tu (kt sg. besar)...fuhh lagi..

Jumaat
30 Julai 2010..roadtax baru dah dapt..fuhh lega..

Sabtu
31 Julai 2010
-pagi-pagi pergi ke pasar borong klang (rutin biasa)
-10.15 pagi ambik Hafiz di Stesyen Bas Seksyen 17, S.Alam balik dari Melaka.
-11.00 pagi kenduri rumah Wak Harun..dan dapat makan kambing lagi (favourite)
-12.30 pergi ambik Hanif di UIA P.Jaya..(baru lepas exam)
-selepas Asar ni kenduri lagi di rumah Haji Anuar (confirm dapat nasi ambang)
-malam nanti kenduri di rumah Kak Kiah (tahlil keluarga)

Sunday, June 27, 2010

santai di Pizza Hurt Klang


malam minggu...bersama-sama anak-anak makan pizza di Klang bagi meraikan hari jadi apis dan emi..kebetulan malam tu semua anak-anak terkumpul dirumah..

Sunday, June 20, 2010

suatu hari dimajlis kenduri


menuggu pelayan ambikkan nasi......