Saturday, August 07, 2010

dalam keresahan.......

petang Jumaat Hanif balik rumah dan ambil moto dan bawak ke Program Remaja Muslim di masjid saidina Hamzah, Batu Caves..6 hingga 8 Ogos 2010.
Jam 6.00ptg - hanif maklumkan tayar moto pancit
jam 8.00mlm - hanif masih diperjalanan dan maklumkan bateri telefon dah habis.

Jam 10.00 mlm - aku dann isteriku dalam keresahan kerana tak dapat berhubung dengan hanif dan tak dapat apa-apa berita..

Aku hubungi beberapa kawan-kawan Hanif minta mereka mencarinya...
Bertambah resah lagi hati kami apabila dihubungi kawan-kawannya memaklumkan mereka tidak terjumpa hanif...dan kami hanya mampu berdoa...

Alhamdulillah..akhirnya jam 12.00 malam hanif telefon dan memaklumkan dia dah sampai di Masjid Saidina Hamzah...

No comments: