Tuesday, April 07, 2009

kursus team building pkps





PKPS telah mengadakan kursus teambuilding selama 3 hari untuk kakitanganya seramai 47 orang pada 31 Mac hingga 1 April 2009 bertempat di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang.

Kursus ini lebih menitik beratkan kerjasama dan kerja berpasukan dan diharap dapat diadaptasikan di pejabat.

Friday, March 13, 2009

TAHNIAH ANAK KU



12 Mac, 2009 merupakan hari yang indah buatku kerana anakku Muhammad Hanif telah mendapat keputusan peperiksaan SPM2008 yang cemerlang..6 A1, 2A2, 3B3 dan 1B4..

Tahniah anak ku...semoga terus berjaya.......dan kepada MU ya ALLAH..ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga...............

Tuesday, February 24, 2009

100 hari pemergian ibu

Isnin 23 Februari 2009 bersamaan 27 Safar 1430H
Hari ini genaplah 100 hari pemergian ibu meninggalkan kami..pergi yang tak kembali..
wajah ibu masih terbayang-bayang lagi diingatan...kehilangan ini masih terasa....
tahlil dan doa senantiasa kami pohonkan untuk mu ibu...semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah..

setiap aku balik kekampung..sudut itu (tempat ibu selalu sembahyang) tetap jadi kenangan....dan aku selalu sembunyikan kepiluan ini.......

Tuesday, February 03, 2009

SEHARI DI ZOO MELAKA








Ahad, 1 Februari 2009 - aku menghantar Hafiz bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pengurusan Kewangan di UiTM Melaka.
Bertolak dari Klang 8.40 pagi dan tiba di UiTM bandar Melaka 10.40 pagi. - dikesempatan itu kami singgah di Zoo Melaka yang terletak berhampiran.

Monday, January 12, 2009

nak tolong abah...

sikecik (iya) nak tolong abah vacuum kereta abah yang kotor..









abah ucapkan terima kasih..........

ketenangan di kampung




pemandangan sawah padi (jam 7.00 pagi) dikampung halaman(parit 6 Sg. Besar )..padi sudah mula terbit dan menunggu masak lebih kurang sebulan lagi..

Friday, January 09, 2009

kembali ke Rahmatullah

akhirnya anak saudara isteri (Amir Hamzah bin Abdullah) telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 37 tahun pada 8 Januari 2009 pada pukul 7.10 pagi di Pusat Perubatan Pantai setelah mengalami sakit cancer..
Jenazah tiba dirumah kakak ipar jam 11.00 pagi.. betapa pilu hati ini melihatkan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil..yang sulung masih didalam darjah 5 dan yang bongsu berusia 5 tahun..
sesiapa pun tak dapat menahan air mata melihat anak-anak kecil itu seorang demi seorang mencium buat kali terakhir dahi jenazah bapa yang telah dikapankan..
diperkuburan pula anak-anak ini menjirus air mawar diatas pusara...
dan dirumah ku peringatkan pada anak-anak ku..
lihatlah anak-anak ku... mereka masih kecil sudah kehilangan bapa..lantas kalian semua bersyukurlah masih punya abah yang satu ini..justeru berbuat baik lah kepada kedua ibubapa....
Al-Fatihah ke sedekah kan kepada arwah Amir Hamzah bin Abdullah.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin...

Monday, December 15, 2008

majlis perkahwinan anak saudara

pasukan kompang impot dari Cheras, KL
Anak saudara yang bernama Azhar telah melangsungkan perkahwinan dengan Marsyita pada hari Sabtu 13 Disember, 2008 di Kg. Jawa, Klang.










kakak-kakak ipar
kaknor, kak pipah & kak ijah








isteri dan anak iya

Friday, December 05, 2008

Hazwan di Extreme Camp




Hazwan telah mengikuti extreme camp anjuran kelab 1221 MBSA pada 2 hingga 4 Disember 2008 di Pusat Sukan Lasak (Extreme Park) Seksyen 13, Shah Alam




Dr Rodziah Ismail dimajlis penutup






Peserta-peserta selepas acara penyampaian sijil

Tuesday, December 02, 2008

rawatan lagi

Selasa 2/12/2008 ada appointment doktor di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang...
- tyroid masih ada dan doktor kekalkan ubat yang sama.......
- gout masih ada ..uric acid tinggi (400) dan doktor tak benarkan makan sea food berlebihan..
- darah tinggi masih ada..
- asthma masih ada (semalam big boss hadiahkan mesin nebolizer)
Rawatan akan datang
24/3/2009 - ujian darah
21/3/2009 - appointment doktor