Thursday, May 20, 2010

tersua rakan lama

rabu19 Mei 2010- sewaktu selesai solat berjemaah zohor di Masjid Negeri Shah Alam aku tersua dengan rakan-rakan lama. Pertama dengan Pak Lah bekas pemandu PKPS...usia dah 70 tahun tapi masih kuat macam orang muda...masih dipercayai dan kini jadi pemandu kepada Tuan Hj. Muhalim.

Kedua tersua dengan Fauzi...dulu kerja di Pejabat Ukur Selangor...sekarang dah berhenti 2 atau 3 bulan...dah buka syarikat sendiri dan menjadi Surveyor...

Ketiga tersua dengan Zubir...dulu kerja satu opis kat PKPS..berhenti dan jadi peniaga ayam di Pasar Borong Puchong...kini dah buka kilang sendiri di Nilai...

Alhamdulillah....masing-masing dah berjaya...

Wednesday, May 19, 2010

ziarah angah nordin

hari itu sabtu 15 Mei 2010, aku memenuhi undangan kenduri tahlil dirumah Angah Nordin di Taman Sri Putra, Banting... disamping dapat menziarah angah yang dah lama sakit..

Kali ini aku dapat melihat angah nordin lebih ceria dibandingkan sebelum ini hanya duduk dikerusi roda...dan kali ini boleh berjalan dengan memakai tongkat...

Angah nordin pada masa ini sedang menerima rawatan bagi mencuci darah (dialesis) dua kali seminggu di KPJ Hospital Shah Alam.. dulu dikenali dengan nama SMC.

semuga angah nordin akan terus sihat walafiat...

Wednesday, May 12, 2010

walau sakit ku tahankan jua..

Entah mengapa...sejak akhir-akhir ini sakit gout yang ku alami sejak tahun 1999 telah datang kembali....
Biasanya ianya datang sekejapsekejap sahaja.. tapi sejak akhir-akhir ini ianya semakin kerap...
Pada awal mac 2010 ianya datang dan membuatkan aku memakai tongkat untuk berjalan...dah pergi jumpa doktor dan diberi suntikan dipunggung...ianya reda dan dapatlah mc dua hari 8 dan 9 Mac 2010.
..dan kini pada 6 dan 7 Mei 2010 aku mc lagi....bertongkat lagi ke office.. tapi kali ini doktor enggan untuk menyuntik kerana kesannya akan merosakkan buah pinggang.. hanya pil voltarance bagi meredakan kesakitan...
10 Mei 2010...berjumpa doktor sekali lagi untuk pengambilan darah bagi mengesan tahap uric acid dalam darah..
dan keputusannya akan diketahui hari Ahad ini 16 Mei 2010.

anak-anak bercuti

Hari Isnin (10 Mei 2010) - Hanif balik bercuti dari UIA Petaling Jaya ..akan kembali belajar pada Junn 2010 nanti.
Hari Selasa(11 Mei 2010) - Hafiz balik bercuti dari UiTM Melaka ...akan kembali belajar pada Julai 2010 nanti dan akan memulakan praktikal pada 21 Disember 2010 (4 bulan).

Kegembiraan sekeluarga dirumah kerana semua berkumpul semula...

Thursday, February 04, 2010

Wednesday, December 23, 2009

dihari pertunangan anak saudara





Anak saudara yang bernama Shahir telah melangsungkan pertunangan pada hari Sabtu 19 Disember 2009 di Shah Alam


asyiknya...





hari itu dalam perjalanan balik dari tugas rasmi di Bandar baru Salak Tinggi...ditengah highway terserempak dengan dua orang penunggang motor "NORTON" (motor dulu-dulu)


kenangan bersama wak marimon


hari itu 20 Disember 2009 pertemuan yang tak diduga dengan Wak Marimon (telah bersara dari PKPS) di majlis perkahwinan anak Puan Asiah (jiran Taman Desa Indah)...dah lama kami tak jumpa sejak wak Marimon bersara....

Monday, December 07, 2009

INDAHNYA SAWAH


Indahnya pemandangan sawah...penuh kedamaian.......

Tuesday, November 17, 2009

PENYAMPAIAN SIJIL KOLEJ WIT




Hari penyampaian sijil menandakan tamatnya pembelajran Emi di Kolej WIT Pandamaran sehingga Tahap III telah diadakan di Sheraton Hotel Subang Jaya pada 14 Nov. 2009