Wednesday, October 15, 2008

JAMUAN HARI RAYA DIPEJABAT

Jamuan hari raya aidil-fitri PKPS pada 15 Okt,2008 di Dewan Catteleya, Tkt 4, Wisma PKPS

Monday, October 06, 2008

bergaya dipagi raya




Norzahidah dan Norzahirah
dipagi raya 1 syawal 1429H

pagi syawal dikampung


Friday, September 26, 2008

DEMAM RAYA

hanya tinggal beberapa hari lagi aidilfitri akan menjelang....
seperti lazimnya demam raya datang...dalam ertikata yang lain sibuk berbelanja membeli kuih muih, pakaian dan sebagainya...

tak kurang juga dipejabat..masa balik tangan masing-masing penuh dengan bungkusan kuih raya yang ditempah melalui kawan-kawan..

tapi aku demam juga...betul-betul demam...bukan cobaann...demam panas...hari tu dapat mc 2 hari..kini masih tak sihat lagi...batuk-batuk dan sakit-sakit badan...

mudah-mudahan aku akan sihat semula..

Tuesday, September 02, 2008

TUMPUAN SG. BESAR


Ini lah tempat yang menjadi tumpuan tidak kira penduduk tempatan atau penduduk di luar kawasan kerana jualannya yang murah berbanding tempat-tempat lain.

TAWA KEMERDEKAAN


Idah dan Ira di tengah-tengah ribuan pengunjung di malam Sambutan Kemerdekaan Shah Alam

mengimbau kenangan






bila merenung pemandangan sekeliling rumah ayah dikampung...ingatan dan kenangan silam terus menjelma... berbagai suka duka peristiwa terbayang dimata...
keindahan sawah ini akan tetap abadi.........

Suasana Sambutan Kemerdekaan ke 51



Sambutan kemerdekaan ke 51 peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 30 Ogos 2008 bermula jam 9.30 malam.


Pada tahun ini sambutan telah diadakan pada waktu malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Menjelang detik 12.00 malam pengunjung telah disajikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan upacara menaikkan bendera jalur gemilang.
Kemuncaknya ialah pertunjukan bunga api menambah meriah dan gamat pada malam tersebut.

MALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN


kontijen PKPS membuat lintas hormat di malam sambutan kemerdekaan ke 51 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang bermula jam 9.30 malam 30 Ogos 2008

Thursday, August 07, 2008

Mengapa Rasa Diri Hina

MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah olih Allah.Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)
Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)